Ghurab

Sebahagian daripada atlas Miller, menunjukkan sebuah gali, dhow, and ghurāb-ghurāb Turki Uthmaniyyah di laut Arab.

Ghurab atau gurab adalah jenis kapal dagang dan kapal perang dari Nusantara. Kapal ini adalah akibat pengaruh Mediterranean di kawasan ini, terutamanya diperkenalkan oleh orang Arab, Persia dan Uthmaniyyah.[1] Untuk armada perang mereka, orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, penjajap, dan kelulus.[catatan 1] Ini sangat berbeza dengan orang Jawa yang lebih suka kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi. Selepas pertemuan dengan orang Iberia, kedua-dua armada perang Jawa dan Melayu mula menggunakan lebih banyak ghurab dan ghali.[4]:270-277, 290-291, 296-301[5]:148, 155

  1. ^ "I.1 The Maritime World :: Sejarah Nusantara". sejarah-nusantara.anri.go.id. Dicapai pada 2020-01-23.
  2. ^ Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 Vol. III. London: The Hakluyt Society, muka surat 68; dan Albuquerque, Afonso de (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica, muka surat 80–81.
  3. ^ Manguin, Pierre-Yves (1993). 'The Vanishing Jong: Insular Southeast Asian Fleets in Trade and War (Fifteenth to Seventeenth Centuries)', in Anthony Reid (ed.), Southeast Asia in the Early Modern Era (Ithaca: Cornell University Press), muka surat 212.
  4. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :3


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "catatan", tetapi tiada tag <references group="catatan"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search